Selain dari majlis anugerah yang menjadi gelanggang para selebriti untuk tampil glamor dengan leretan gaun dan padanan persalinan anggun, pertunjukan fesyen juga merupakan medan buat golongan ini berlumba untuk tampil meletop.
Semalam, telah berlangsung satu pertunjukkan fesyen dari pereka terkenal Alia Bastamam, maka itu ramailah selebriti dalam kalangan ‘hotties‘ menghadirkan diri.
Namun, dalam ramai-ramai yang memenuhi barisan hadapan pentas peragaan, terdapat satu kelompok selebriti yang betul-betul mencuri tumpuan jemputan. Nak tahu siapa?
Sudah tentulah ‘hot mama‘ Nabila Huda dan Dynas dan disertai jelitawan lain seperti Tasha Shilla, Sharifah Sakinah dan Marsha.
Melalui perkongsian gambar di ruang Instagram, ramai yang terpana dengan belahan pakaian Tasha Shilla yang mencecah paras peha, begitu juga ‘cleavage’ Nabila Huda. Fuhh!
Tampil seksi dan menggoda dengan persalinan masing-masing, selebriti tersebut menerima pelbagai reaksi baik dari tetamu mahupun pengguna laman Instagram.
Biasalah, ada yang memuji penampilan kesemua artis terbabit, dan pada masa yang sama juga, ada yang mengkritik kerana tampil terlalu berani dan mendedah.
Senang cakap, berani pakai beranilah tanggung, kan?
Miera Liyana Tayang Aset Di Majlis Hiburan
0 Response to "Amboi… Makan Hati Tengok Kaki Nabila Huda, Tasha Shilla & Kinah"
Post a Comment