Remaja Dipaksa Minum Sebelum Kena Rogol







Remaja Dipaksa Minum Sebelum Kena Rogol | Seorang remaja berusia 18 tahun bukan saja dipaksa meneguk minuman keras sehingga mabuk tetapi turut dirogol bakal abang iparnya dalam kejadian di rumah sewa di Jalan Sultan Tengah, Kuching.
Mangsa yang baru sahaja memperoleh keputusan SPM itu mendakwa kejadian itu berlaku tiga minggu lalu, namun hanya membuat laporan polis malam kelmarin.
Menurut sumber, mangsa mendakwa, kejadian itu berlaku apabila bakal abang ipar berusia 20-an itu turut mengugut memukul mangsa menggunakan botol jika enggan melayan nafsu serakahnya.
“Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya.
“Dalam laporan dibuat pada jam 9 malam semalam, mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di rumah sewa lelaki berkenaan yang bakal menjadi suami kepada kakaknya.
“Suspek mengugut mengupah rakan untuk membelasah mangsa jika mendedahkan perbuatan itu kepada ahli keluarga menyebabkan terpaksa merahsiakan kejadian yang berlaku,” katanya.
Selepas tidak tahan penderitaan ditanggung, mangsa akhirnya memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Santubong.

0 Response to "Remaja Dipaksa Minum Sebelum Kena Rogol"

Post a Comment